Sunday, October 26, 2014

Update 21 Weeks

Hai semua. Diam tak diam aku dah 21 weeks. Hanya tinggal 19 weeks saja lagi baby ni akan lahir. Memang rasa macam teruja jugaklah. Tapi dalam hati gentar dan debar juga sebab tak tahu macam mana la rasa nikmat bersalin dan menjadi seorang mama.

Alhamdulillah aku takde masalah setakat ni. Cuma minggu lepas aku tetibe kena sembelit. Sangat tak selesa okey. Lepastu minggu lepas aku kena bengkak gusi. Tapi kemuncaknya semalam lah. Memang beso ye bengkak gusi tu. Tak dapat tidur aku malam minggu tu. Kejap terjaga sebab telan air liur rasa sakit sangat. 

Aku cuma berkumur dengan air garam dua-tiga kali. Alhamdulillah harini makin membaik.

Perubahan yang ketara sekarang ni, aku sangat cepat berpeluh. Badan rasa macam asyik berpeluh + aku rasa aku busuk bau peluh sampai selalu sangat aku mandi + sembur perfume hihihi.  Nenek aku marah sebab aku suka mandi, tak elok katanya nanti bersalin kembar air sakit tau dakkk. Katanya. Abes, aku rasa panas. Asyik peluh je. Bayangkan, lepas hujan pun aku panas. Padahal orang lain sejuk. Hehehehe. Pembawakan budak.

Lagi satu aku kuat minum ais. Tak kisah la air ais ke, air batu ke. Bila minum tu aku rasa lega sesangat-sangat.

Sampaikan bibik kak ipar aku tegur, 

' jangan minum es banyak, nanti babynya kok subur (besar) '

Rasa nak tersedak jugak time tu. Hehehe. Tapi tula, akan cuba dikurangkan minum esnya ya bibik. 

Kemudian kaki aku selalu kejang @ krem atau orang sebut simpul mengkarung tu. Fuhh sakit gile. Tapi sepanjang pregnant ni aku rasa aku dah kena 3 kali.

Sekali time laki aku takde. Dua kali time laki aku ade. Bagus. Hahaha. Sebab bila kena tu, aku akan bangun merintih kesakitan sampai laki aku terjaga, dia macam terkejut dengan mamainya akan cakap, lurus kaki sayang, lurus kaki tu, sambil pejam mata.

Aku pun ape lagi, adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sakit bang sakit haaa. Tolong urut. Dengan volume yang kuat sikit. Baru dia gegas bangun dan luruskan kaki aku yang makin hari makin gedempol ni hahahahaha.

Minggu depan, hari Selasa aku checkup lagi di KKIA, harap result air gula tu negatif diabetes. Takut kot. Huksss.

Perut makin kedepan, baju dah tak muat. Aku pakai baju beso je skang, selesa je. Tapi aku tetap nak bergaya-gaya. Lagi-lagi time preggy ni, aku suka melaram. Hehehe. Mekap memang tetap aku suka. Muka pun takde jerawat. 

Baby pon kerap bergerak je sekarang ni. Kadang-kadang aku rasa ngilu sampai rasa nak terkencing. Normal ke ea? lepastu kadang-kadang rasa nak terkentut pun ada bila dia gerak.Hihi seronok plak bila dia gerak. Aku selalu kacau dia, aku panggil dia adik.

Kekadang laki aku cakap, ishh jangan kacau adik, adik tidur. Hehehe.

Apa-apapun, terima kasih yang selalu mendoakan aku dan baby di sini. Tadi ada makcik tu tanya, sekarang dah okey ke mabuk. Aku kata Alhamdulillah okey semua. Dia tahu kot ayahnya jauh makcik, takde banyak ragam saya mengandungkan dia. 

Alhamdulillah, kecik-kecik dah belajar berdikari. Moga selamat semuanya.

InshaAllah.



Sunday, October 19, 2014

20 weeks

Hai. Alhamdulillah semalam kandungan genap 20 minggu @ 5 bulan. Kejap benar masa berlalu. Rasa macam tak percaya yang aku dah tempuh 20 minggu ni dengan rasa syukur Alhamdulillah.

Masih teringat aku muntah teruk. Tapi ni dah okey. Trimester kedua adalah trimester yang paling selesa sekali aku rasa. Selesa tu bukan sebab apa. Sebab dah kurang alahan cuma bau la ada sikit lagi + bawang. 

Tah ape masalah aku ngan bawang ni haha.

Hari Sabtu aku ada appointment dekat satu Pusat Rawatan Islam ni. Aku cadangnya nak bersalin kat situ. Semoga dipermudahkanlah semuanya. 

Kat situ, doc pantau juga kesihatan aku. Alhamdulillah kesihatan aku okey. Berat pun doc cakap naik secara stabil dan cantik je. 

Tiba masa nak scan 2D baby ni, aku baring je dia dah start bergerak. Bila doc scan je, perkataan pertama yang keluar dari mulut doctor tu, 'eh aktifnya baby ni, pandai dia nak tunjuk kat mama ayah'. 

Aku macam, ehh nampak dia gerak. Laki aku teruja tengok anak dia.

Doc tunjuk la kaki, tangan, jantung, kepala, back bone semua. Lepastu doc cakap kepala penuh kat kanan je. Memang cepat je dia gerak dalam tu. Aku nampak la kaki tangan tak berdiam dia tu. Macam ayah dia la tu.

Hehehe. Uri aku pun okey doc kata, air ketuban pun. Alhamdulillah.

Speechless betui aku tengok anak aku dalam perut. Dia pun makin aktif. Malam tadi pukul 2 pagi pun dia bergerak-gerak lagi. 

Tapi aku lupa la plak nak minta doc print gambar scan yang jelas sikit tu. tapi takpelah. Tunggu next check up kat KK pulak hehehe.

Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan aku yer. Perut aku pon dah kedepan macam ada ball bulatnya. 






Monday, October 13, 2014

Susu Kambing WILDAN

Hai semua. Selamat pagi. Harini aku nak cerita tentang susu pulak. Mula-mula aku pregnant, aku tak minum susu pun. Dah dekat dua bulan, baru aku cuba try anmum materna perisa mango sebab aku muntah teruk masa tu. Susu pun tak boleh telan. 

Aku minum la jugak sikit-sikit. Dah nak habis susunya aku stop. Aku tak suka bau mangga dia.

Lepastu aku try frisomum. Ingat nak beli, tapi aku request sample dulu. Try rasa, eh sedap la pulak frisomum. Macam rasa susu HL. Tak manis sangat macam yang susu sebelum. 

Sambil-sambil tu, laki aku ada tanya, boleh minum susu kambing tak. Sebab, budak sebelah meja dekat opis dia tu, bininya mengandung jugak. Awal sebulan dari aku. Bini budak tu minum susu kambing WILDAN. Tu budak tu suggest suruh laki aku beli untuk aku.

Aku pun rasa nak try jugakla sebab susu kambing kan elok. 

Sekali, masa balik dua minggu lepas, laki aku dah belikan aku sekotak susu kambing Wildan tu. Semangat betul laki aku suruh minum. Aku pun bancuh, 3 sudu + air suam. Bila dah minum, sedap lah pulak sebab dia rasa lemak-lemak dan tak manis langsung. Susunya bukan kaler krim kuning macam susu lembu biasa. Susunya warna putih bersih. Halus je serbuknya. Aku macam ketagih pulak nak minum susu kambing tu. 

Cuma aku ambil susu tu sehari sekali je, selain daripada aku minum pati delima Gulsan. Pati delima memang aku amik sejak dari awal preggy lagi. Lagi-lagi masa muntah teruk. Aku tak boleh minum air masak sebab tekak aku pahit amat.Kena minum air masam-masam berperisa. Alhamdulillah rasi walaupun rasanya super masam. Kalau bancuh ngan air lagi masam, jadi aku teguk je sesudu besar pati tu setiap pagi. Terpisat biji mata aku. 

Aku ada beli saffron juga. Bapak mahal saffron tu 1gram RM 28.00. Tu aku masukkan dua urat dalam air mineral 1.5 liter. Rasa sedikit payau tapi demimu anak, mama gagahi nak. 

Antara kebaikan susu kambing adalah seperti ini.


[ Klik gambar untuk paparan lebih jelas ]


Banyak benda yang aku belajar sejak mengandung ni. Kadang aku tak suka kalau ada orang perlekeh bakal-bakal ibu ni. Contohnya bila kita update apa-apa kat fb, mesti ada senior yang komen, ' biasalah tu, anak first memang camtu, nanti 2,3 dah lain' , 'ala orang ngandung memang camtu' bla bla bla. Aku tak faham betul. Macam tak tahu plak yang kita ni pertama kali mendapat 'buatan laki' sampai buncit ni. Nak adopt macam-macam benda baru yang berlaku dalam diri kita. Orang lain elok je tak de cakap benda yang negatif bla bla.


Okey tu je. Tatatatata 





Update 19 weeks

Assalamualaikum dan selamat petang.

Alhamdulillah dah masuk 19 weeks dah. Perut makin besar. Si buah hati di dalam makin aktif. Terasa-rasa dia menguit dari dalam. Kalau malam lagi la kuat dia bergeraknya.

Pandai dia, kalau ayah dia ada. Suka ye. Hehehe.

Ayahnya suka pegang perut, cium perut sambil selawat kat dia.

Sekarang ni aku dah mula rasa sedikit tekanan pada abdomen kiri dan kanan apabila perut makin membesar. Sakit. Tapi takpe. Demimu hai anak. 

Sakit pinggang, sakit belakang pinggang semua dah terasa. Memang kadang-kadang rasa tak selesa bila aku duduk lama. Lagi-lagi tulang punggung aku dah mula sakit sejak kandungan usia 3 bulan. 

Tentang kebesaran perut, aku tak tau nak kata perut aku ni besar ke tidak. Ada yang cakap, nampak besar. Ada yang cakap kecik je. Hehe cuma yang aku tahu, perut aku semakin membesar sampaikan pusat aku pun dah hilang. Laki aku tengok pusat, ehh sayang. Pusat sayang takde hahaha. Memang pun.


Makin besar, besar dan besar.

Minggu ni ada checkup di private klinik pulak.
Boleh scan baby. Last scan masa dua bulan aritu.
Semoga semuanya baik-baik saja. InshaAllah.
Doakan aku dan baby yer.



Tuesday, October 7, 2014

Minum Air Gula

Hai semua. Aku baru balik dari klinik ni. 

Rentetan dari entry checkup semalam, aku kena minum air gula harini. 

Harini aku pegi klinik sorang-sorang je. Laki aku dah balik Selangor malam tadi. Hiba betul rasa hati tengok suami balik. Aku paling tak boleh blah bila laki aku cium perut, usap perut bagitahu anak dalam perut, 'ayah balik dulu yer adik'. Memang menangis berjujuran air mata. Huhu laki aku kalau dia dah tekan minyak, dia tak akan pandang aku dah. Dia sedih lah tu. Aku masuk je rumah, control je dulu. Tak lama lepastu kompem turun air mata.

Okey berbalik cerita klinik tadi. Aku kena puasa start pukul 10.00 malam tadi. Tak boleh minum makan semua aduyai parah ni. Hahaha. Tapi aku makan banyak la malam tadi. Siap nasi tomato, buah mangga, susu kambing semua. 

Sampai klinik 7.40 pagi. Aku ingat takde orang. Sekali masuk amek ha. Ramai betui orang. Tapi nasib baik urusan kat kaunter sekejap je. JM yang bertugas tu memang selalu checkup aku. Sampai kat seksyen amik darah pun, aku orang pertama. Hehehe. Pukul 8.15 dah siap amik darah + minum air gula sekali.

Aku tak tahu la apa nama saintifik benda alah air gula tu. nantilah aku google. Cuma yang aku tahu air gula tu fungsinya untuk menentukan sama ada kita ni ada kencing manis atau tak. Harapnya takdelah klinik call bagitahu aku ada kencing manis ke apa. Mintak dijauhkan. 


Ada tips kawan aku bagi.
Minum air gula ni slow-slow.
Aku tak boleh minum seteguk camtu.
Aku minum seteguk, berhenti. Sambil layan fb.
Akhirnya selepas teguk yang ke 7 kot baru habis.

Dah siap minum, balik opis.
Pukul 10.30 aku datang semula ke klinik.
Amik darah lagi sekali.
Aduh. Dua-dua belah kanan bekas amik darah.
Kesan injection semalam pun masih rasa sengal-sengal lagi.

Demimu anak. Mama gagahi.


Balik daripada klinik tu, aku rasa dah lapa sangat sampai rasa pening.
Aku singgah kat kedai makan sarapan pagi yg popular kat sini.

Aku order roti canai + mee bandung + teh o ais.
Bungkus ke kak? kata budak amik order tu.

Eh taklah dik, makan sini. Tetibe muke budak tu terkejut. 
Hahaha mahapla dik.Akak lapar sangat. (itu aku cakap dalam hati je)

Alhamdulillah kenyang.
Alhamdulillah ada orang belanja tadi.
Kawan aku yang selalu berurusan kat opis aku. 
Rezeki baby.

p/s : Okey tu je update arini. Pinggang sakit.



Monday, October 6, 2014

Checkup Kali ke 4

Hai semua. Lambat aku bersiaran harini. Itupun sebab aku terus balik rumah selepas checkup tadi. Harini laki aku ada. Hehehehh dapatlah manja2 pegi klinik, pegi keje balik keje dia antar dan ambik. Hehehhh..

Lagipun harini checkup habis lewat.

Dekat pukul 12.00 tengahari. Menyirap je haku harini. Orang tak ramai, tapi nak nunggunya tu berejamm. 

Harini checkup okey semua. Siap mendapat satu injection lagi. Aduh perit ngilu plak. Nurse cek heart beat baby. Risau juga nurse cari-cari tak dengar plak. Sekali, dia duduk dekat ngan pusat. Rasa macam speechless dapat dengar bunyi degupan jantung si buah cinta tu.

Aduhai anak, mama dah in love dengan kamu tau tak. Hehehe.

Cuma satu je lah sangkut.

Berat aku naik mendadak. Dari 67 kg ke 70kg. 

Adudududududu nurse kata, nape berat naik sangat ni.

AKu katalah, lepas je habis alahan. Aku terus makan dengan berselera. Memang berselera sampai aku rasa nak tido awal sebab selagi aku tak tido, selagi tu aku asyik makan, makan dan makan muahahahahaha..

Maknanya esok aku kena minum air gula. 

Aduhai benda yang aku tak nak la yang aku dapat ni. Hihi tapi takpe, demimu anakku sayang. 

Dah kena puasa start pukul 10.00 malam ni. Esok pagi-pagi dah kena menapak ke klinik semula. Tah hapa lah rasa air gula tu. Redho jelah rasanya hahaha.



Ok tu jelah. Esok kita update lagi ya.




Thursday, October 2, 2014

First Time Check Up

Hai. Sambung balik cerita ngandung-ngandung ni.

First check up kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Tak tahu pape ni. Mula-mula ingat nak pegi lewat sikitlah. tapi bila ramai cakap elok pegi time ni. Masa tu aku nak dekat dua bulan rasanya. Aku pun call klinik tu. 

Klinik cakap, kalau dah tahu je pregnant, dah boleh terus buat buku pink.

Disebabkan laki aku pun nak ikut sama, nak teman. Maka aku tunggu dia cuti. Baru kami pegi sama-sama. Debar ni hehehehe. 

Sampai je klinik, pegi kaunter. Nak buat buku pink. Masa tu rasa macam tak percaya je wei. Aku dah ada buku pink. Selama hari ni aku tengok orang je ada buku pink. 

Tunggu giliran semua. 

Pertamanya, aku kena pegi satu kaunter ni. Ada sorang nurse yang isikan buku. Dia tanya lah macam-macam. Details semua. Suami merokok ke tak, tarikh kahwin, tarikh last period ape semua kan.


Buku pink tersebut.
Dalam buku pink ni banyak info tentang kehamilan.
Aku amik masa gak baca.
Sebab ni kandungan pertama.
Banyak benar benda yang aku tak tahu. 

Amalan pemakanan dan sebagainya.
Orang kata tak payah ikut sangat.
Tapi semua mak bapak nak kan yang terbaik kan.


Kemudian aku kena ukat tinggi dan juga berat.

Lepas ukat tinggi dan berat, kena amik darah pulak.
Kat sini setiap kali check up ko kena amik darah dan urine test.

Dah siap amek darah, ke makmal pulak untuk urine test.

Dah siap urine test.
Tunggu kejap untuk check gigi.

Gigi okey semua. 
Tunggu masuk dalam bilik nurse.


Ni tengah tunggu nak masuk bilik nurse. 
Nurse check kita punya BP bagai.
Aku punya HB,BP alhamdulillah setakat ni semua okey.

Nurse bagi penerangan bagai, kemudian jumpa doctor.


Assalamualaikum anak mama ngan ayah.
 Hehehe. Alhamdulillah kandungan normal.
Satu perasaan yang sukar aku gambarkan apabila aku nampak janin.
Aku nampak jantungnya berdegup.
Ya Allah swt memang rasa speechless sangat.
Aku mengandungkan anak suami aku.

Ada kehidupan di dalam rahim aku. 
Serius aku terkedu

Masa tu laki aku masuk sekali. 
Janin ni kan dah pandai memusing.
Depan ayahnya dia memusing.
Doctor tunjuk lah mana jantung semua kan.

Sekarang dak kecik ni dah pandai bergerak.
Malam-malam ngiring je ke kanan, 
terasalah dia punya gerakan tu.

Seronok rasanya.
Kalau ayahnya call pun. Amboii kemain dia.
Tengah main bola ke main masak-masak entah tu.


Aku dah mula makan pil hematinik ni.
Ada senior kat opis aku ni pesan.
Nak kandungan tak bermasalah.
SILA MAKAN PIL-PIL INI.
Dia dulu ngandung anak first dia makan, anak kedua tak makan.
Mula la macam-macam penyakit datang katanya.
Hb rendah semua ada. Nyesal tak makan katanya.

Setakat ni aku makan je semua ni. 
Aku tambah dengan pil kalsium sekali.
Walaupun ubat ni semua berbau, tapi takpe.
Untukmu anak, mama sanggup sayang.

Minggu depan aku checkup lagi. Untuk kali ke 4. 

Semoga baby sihat-sihat.

Weekend plak aku ada satu lagi checkup dekat klinik private.
Aku checkup dua sekali.
 Sebab cadangnya aku nak bersalin
di pusat perubatan tu. 

I love U anak.

I love U ayahnya anak hahahaha.




Mabuk @ Alahan Bermula

Hai semua. Sambung semula cerita pasal mabuk. Bukan mabuk yang mabuk tu ye. Ni mabuk orang ngandung.

Aku start alahan masa kandungan dah masuk 6 weeks.

Aku ingat lagi pagi tu nak bersahur, hari Isnin 14 Julai.

Aku terjaga dari tidur sebab aku rasa perut aku bergelora. Aku rasa macam nak muntah. Mual. Tengok jam pukul 5 pagi. Aku cepat-cepat pegi toilet, nah amekawww. Muntah asid yang masam gile dengan pahitnya tu. 

Rasa nak nanges. Laki jauh. Apalah nasibku. Drama subuh buta tu haha.

Aku try makan nasik. Goreng telur. Aku rasa macam tak selera. Tak habis pun jamah masa tu. Bila aku nak mandi, aku memang guna shower gel almond body shop. Sebab aku rasa sangatt wangi bau almond tu.

Bila aku hidu nak sapu, aku rasa macam mual. Terus aku muntah lagi masa mandi tu. Waaaaa bau sabun pun dah tak boleh ye.

Maka bermulalah morning sickness, evening sickness + night sickness aku. 

Aku dah dapat detect aku alah pada bau apa. Yelah, setiap orang mengandung lain alahannya kan.

Pertamanya :

1. Aku alah bau shower gel sendiri

2. Aku tak boleh bau shampoo. Muntah terbelahak aku kalau shampoo rambut

3. Aku tak boleh bau sabun basuh kain + downy perfume. Pening satu hari

4.Aku tak boleh bau dapur. Lalu dapur aku tutup hidung.

5. Aku tak boleh bau peti ais. Bukak peti ais aku akan tutup hidung jugak.

6. Aku tak boleh basuh pinggan. Sebab aku mual tercium bau sabun basuh pinggan. Makanya kalau kat umah laki aku, memang dia yang basuh. Kalau kat umah sewa aku ni. Aku basuh alakadar je. Huu

7. Aku tak boleh bau nasik + makan nasik semuanyaaa pun lah apa2 tentang nasi. Hampir 2 bulan aku tak sentuh nasik tapi aku gantikan kuewtiow, mee, bihun goreng jeee.

8. Sampai satu tahap, aku tengok rancangan masak memasak pun aku muntah. Muahahaha

9. Aku suka bau laki aku balik keje. Balik je keje, aku suka cium dia, gomoi dia. Wangi je idung aku rasa muahaha

10. Aku alah dengan bawang besar. Aku tak boleh telan bawang langsung. Apatah lagi bau menumis bawang. Dulu aku suka bawang. Semua masakan aku taruk bawang. Kalau boleh, kek pun aku taruk bawang hahahahahaha.

11. Bau perfume aku sendiri aku tak boleh hidu. Aku pakai perfume dan body spray laki aku hahaha. Akhirnya skang aku pakai perfume baru.

12. Muntah pagi, petang, malam. Sampai keluar ikut idung muntahnya. Sabooo jela aku.

13. Kan aku jauh dengan suami, bila tiba rasa sangat weak tu. Aku menangis teresak-esak. Rasa macam aku perlukan laki aku time tu tapi dia jauh. Sebab tu bila seminggu jumpa tu, aku rasa lega sangat. Laki aku layan aku macam princess dah rasa. Terharu sangat. Harapnya bila aku ngandung lagi nanti, anak nombor 2,3,4,5 ke. Amboi banyaknyaaa hahaha. Laki layan jugak seperti tu yer abanggg.

14. Allah swt bagi dugaan dekat aku, mengandung sulung berjauhan dengan yang tersayang. Betul-betul menguji aku. Aku harap anak yang aku kandung ini kuat seperti aku. Aku percaya ada hikmahnya dan aku percaya Allah swt tak akan bagi aku dugaan ini kalau Allah swt tahu aku tak mampu hadapinya.

15. Tapi muntah-muntah tu, start masuk 13 ke 14 weeks, muntah pun berakhir. Cuma mual-mual tu ada lagi selain daripada bau-bau pun aku alah sikit lagi.

16. Doakan keselamatan dan kesihatan aku dan anak aku ya. Tak sabar rasanya aku nak menatap wajah si buah cinta ni. Ikut aku ke ayahnya hehehehehe..

Ada lagi alahannya tapi aku pun hampir lupa nak taip. Tapi apa-apa pun aku bersyukur Allah swt bagi aku peluang untuk menjadi seorang ibu. Memang indah sukar digambar dengan kata-kata. Teringat mak aku.

Cuma, setiap orang mengandung ni lain pembawakannya. Sekarang aku dah dapat rasa pergerakan si buah cinta ni. Precious moment.

Lepasni cite pasal lain pulak ye hehehe




Wednesday, October 1, 2014

Confirm Pregnant

Okey kita sambung lagi ye. Walaupun idung aku dah tak tahan nak ngap laksa yang aku kirim kat orang opis aku ni. Kembang kempis idong aku menahan ni. Hahaha.

Kiranya aku pregnant ni masa bulan puasa. 

Hari kedua puasa, suami aku antar balik kat sini, tempat aku kerja. Sedihnya bukan main. Tapi sebenarnya kami nak confirm pregnant kat klinik private sebab aku buat UPT petang tu pukul 3.30 petang, naik double line terang. Ikutkan haritu hari jangkaan period aku, 30 June 2014.


Terus naik terang camni,
30 June 2014

Sampai kat klinik, aku masuk sekali ngan suami aku. Cite ngan doctor pe sume. Doc suggest suruh aku buat UPT lagi sekali. Dekat pukul 4 lebih masa tu. 

Sambil tu aku keluar kejap. Dalam 10 minit doctor panggil masuk semula. Doc cakap dah cek UPT, memang naik terang. Dia pun pelik sebab dahla dah petang, bulan puasa pulak tu. Naik line terang camtu. HCG aku tinggi katanya. 

Doc salam laki, cakap tahniah. Sah Pregnant. Sebijik macam drama. Laki aku sengihhhhhh memanjang masa doc kira kat aku, aku baru sebulan pregnant. Lepastu doc pesan jangan buat kerja berat ape semua. Hatiku berbunga-bunga. Hehehe

Lepas tu, aku still macam biasa. Mabuk pon takde lagi masa tu. Tapi jangan ingat aku tak mabuk ye. Kang aku cite pasal mabuk aku plak. Hehehe.


p/s : Okey makan laksa kejap.

UPT Positif

Hai semua. Kita sambung semula lah cerita tentang mengandung ni. 

Aku sebenarnya dari sebelum buat UPT lagi aku rasa macam aku mengandung tapi tak nak lah meletakkan harapan yang tinggi aku ni mengandung.

Orang tua-tua kata, jangan beria-ria sangat kalau nak anak ni. Buat biasa je. InshaAllah sampai masa Allah swt akan bagi kita rezeki anak tu.

Mula-mula kahwin, sapa pun mesti excited kalau lambat period kan. Termasuklah aku ngan suami. Tapi lepas dah 3,4 bulan kahwin. Kitorang mula buat biasa. Mood honeymoon ada lagi. Pegi jalan-jalan, makan-makan. takde fikir pun pasal baby.

Sampailah masa bulan June 2014 tu. Aku dari lepas period lagi dah set siap-siap waktu subur. Berkobar kot masa tu hehe. Aku suka masuk forum ratuhati. Kat situ ramai sangat kawan-kawan forum yang TTC ( Try to Conceive). Macam-macam yang aku belajar. 

Tapi ade je halangan. Suami aku demam. Pulak dah. Lepastu aku pulak kursus. Pulak dah. 

Oh lupa nak cerita, aku dengan suami duduk jauh-jauh. Berlainan negeri. Perak + Selangor. Tapi setiap minggu lah jumpa. Cuma kadang-kadang bila jumpa tu, bukan waktu subur. Masa tu frust. Tapi nak buat cam mana kan. 

Cuma bulan 6 tu. Memang tup-tup jumpa waktu aku subur.

Satu reminder untuk yang nak anak, pastikan bersama waktu subur. Kalau korang tak tahu bila waktu subur korang, ada satu tips kawan aku bagi. Dia doctor. Dia kata, lepas je kering period. Mandi wajib dan terus bersama sekerap yang kita mampu.

Posisi juga penting. Tapi malu lah aku nak cerita. Kihkihkih.

Aku buat UPT hari Jumaat. Dua hari sebelum puasa. 

Hari Rabu sebelum buat UPT tu, aku ada makan kambing,tembikai,durian, bagai-bagai. Macam tak teringat apa pun. 

Lepastu sebelum buat UPT tu aku ada rasa macam malas nak mampos. Umah aku bersepah kot. Aku asyik ngantuk, lepastu aku asyik haus memanjang. Badan aku plak berisi dari biasa. 

Okey ni pelik.

Sampai hari Jumaat, opismet aku suggest buat UPT. Ko bayang dah tengahari masa tu. Petangnya aku nak balik KL ni jumpa laki. Aku gagahkan jua pegi 7E beli UPT murahan yang tinggal 1 je pun.

Balik rumah berkobar aku gi toilet. Buat macam biasa, tadah urine lepastu dip kan UPT.

Tak lama je lepastu, naik line yang kabur tapi agak jelas.

Aku rasa dah menggeletar. Ngandung ke ni. Haa amek ko. Menggeletar. Hahaha tak pernah kot naik camtu.

Aku wasap gambo tu kat adik aku, kat akak opis aku. Diorang pun cakap benda yang sama. Ini nampak camni pregnant. Esok buat lagi.

Aku macam erkkkk. Bia betulll..

Aku call laki aku. Alamak tak jawab. Dia on the way nak gi solat jumaat. Lepastu laki aku call semula. Excited aku cite. Siap wassap. Laki aku macam terkejut. Tapi aku tahu dia suka. Hehehehe. 

Jumaat malam sabtu tu, aku balik umah mertua. Laki belikan lagi satu UPT. Tu mahai sikit. Yang tengah tu. Subuh buat. Memang naik line dia. Kejut laki kul 5 pagi. Peluk-peluk macam dalam drama. Laki sengih. Cium aku. Auwww tak sangka sangat udah pregnant ropenyerrrr.


Ini koleksi UPT aku.
Mak ai koleksi terus hehehehe.


Okey jap lagi aku sambung konfirm pregnant kat klinik pulok.




Post Pertama

Hai semua. Ini merupakan blog kedua aku. Aku sebenarnya ingat nak cerita kat blog lama je. Tapi bila fikir balik. Baik aku buat satu blog lain khusus untuk si cinta hati di dalam perut aku yang semakin lama semakin membesar ini.

Alhamdulillah dah 17 weeks 4 hari si buah hati aku ini.

Tapi aku akan sorot balik lah waktu awal-awal aku tahu adanya buah cinta kami ada di dalam perut ni. Memang serius aku tak sangka. 

Date LMP aku 2 June 2014. 

Tapi aku tahu pregnant bulan June 2014 jugak. Hehehe. 

Apa-apapun tunggu next post okey.


Jumpa nanti.