Sunday, November 30, 2014

Scan 4D @ Klinik Fauziah Ampang

Hai semua. Hari Sabtu aritu aku scan Baby kat Klinik Fauziah Ampang. Aku book melalui online dekat web scan 3/4D online Malaysia dengan harga RM 120.00 termasuk Cd video dan gambar.

Banyak review kata ok kat situ. Sonographernya sama ada Miss Jezlyn atau Miss Celynn. Patutnya kat schedule Jezlyn tapi diganti Miss Celynn.

Mula2 aku masuk seriusla berdebar kot hihi. Lepastu Sonographer tu tanya brapa weeks,tanya khabar dan baring. Hati dup dap ni. Harap anak bangun dah ya. Tadi dah duk mengeras tendang2 dah. Ayahnya excited ni sampai duduk depan screen. Muke senyum je. Hehe.

Lepastu sono terus letak gel. Dia terus cakap baby,baby. Baby buat apa tu?? Ini mama sama ayah datang nak tengok baby.

Time tu scan 2D dulu. Sono tunjuk mulut anak aku tengah nyotnyot. Aku pon nampak hihi kelakar muncong3.

Die terus kata olooo baby lapar yeee. Mama belum makan lagi utk lunch yeee.

Sekali baby taruk tangan kat muka. Kaki tangan semua ke atas dah ni. Adey anak. Bagi kerjasama plis haha.

Celynn terus turn to 4D mode. Alahaiii anak comelnyaa dari tepi. Celynn kata baby idung mancung dan berisi. Tengok idung siapa ini. Haha terus dia tengok aku tengok laki aku. Idung mama ayah sama. Idung baby pon sama. Saye suke idung baby. Tapi memang idung tu jrla yang nampak jelas sepanjang scan.

Nah. Cenggini rupe die dalam tu.


Tutup muka. Malu sangat ya 
Tengok tangan jari tu macam ayah.
Panjang-panjang.

Jenuhla sono tu ketuk-ketuk perut aku. 
Suruh aku ngiring kejap kiri kejap kanan. Mama. Lurus kaki mama,ngiring kanan. Ketuk ketuk.
Sekali sono tu kata.

Amboi baby bunyi gempa bumi pun dia tak heranlah. Sekali turn 4D mode.
Ketuk2 dia .Dia cebik,masam terus nangis hahahahahaha ketawa kami bertiga. 

Marah sangat dia kena kacau.
Sementara tu sono explain perkembangan baby,uri dan air ketuban.
Alhamdulillah semua okey. 

Sono ukur kepala,tapak kaki,tulang peha. Tulang peha kemain panjang macam ukuran 27 weeks. Sono cakap baby tinggi macam mama dan ayah hehe.
Tapak kaki jangan citela panjangnya haha. Laki aku kata ikut aku kaki saiz 9 haha.

Yang lain normal. Dan part gender.
Alhamdulillah baby kangkang dengan jayanya sampai sono kata amboi baby ni tunjuk muka malu tapi anu tak maluuu haha. 100% confirm katanya. 

Tapi rahsia dulu ya. Ayahnya suruh tunggu lahir nanti hehe.

Last2 dia tunjuk muka. Comel anak mama. Alhamdulillah. Perasaan masa tu tak tau nak cakap macam mana. Happy,sedih terharu semua ada.
Aku tengok laki aku. Nampak benar dia gembira. Tengok muka dan mata die pon tahu. Syukur atas kurniaan Allah swt. Asal dia sempurna ciptaan Allah swt,sihat sudah memadai. 

Nnti aku cerita lagi ya. Sambung keja jap






Wednesday, November 26, 2014

Baby Fair Midvalley 2014

Hai semua. 

Minggu lepas aku ke ekspo baby dekat Midvalley. Aku bukan tak nak beli awal. Orang tua-tua kata, beli bila perut dah besar, Banyak juga aku terlepas ekspo sebab aku memang plan nak membeli belah pada hujung tahun. Aku kalau bab berjalan kuat lagi walaupun aku rasa aku dah macam penguin hehehehehe. 

Beli pun sikit-sikit dulu. Tilam baby, set bersalin bulan 12 baru aku beli. 

First time kitorang menyopping kat ekspo baby ni. Aku tak tahu la harganya betul-betul murah ke hapa sebab aku tengok baju baby semua ringgit-ringgit je tak de sampai berbelas-belas. Hehehe mommy to be yang blur nak beli walaupun dah ada checklist. Hahahaha. Tapi aku call adik aku. Bila dia kata murah, okey aku beli hehehe.

Gila tengok baju semua comel.

Mula-mula masuk, daftar sebab nak dapatkan doorgift, hihihihi.

Nah, ni doorgift yang aku dapat.


Banyak jugak. 


Ini antara yang aku beli.

Aku beli baju 5 pasang, stoking n sarung tangan,
baby wipes, topi, blanket, diapers jenama huggies.
Semua barang asas. Barut memang dah beli aritu kawan aku jual.
Ni tinggal nak beli bag baby n bag mama je hehe.

Tilam baby pakai adik aku punya.
Tapi ayahnya nak belikan yg baru hehehe.

p/s : Minggu ni aku ade appointment untuk scan 3/4D kat Klinik Fauziah Ampang. Harapnya baby tunjuk anunya ya. Dah pandai berpusing2 dia menendang dalam perut kejap kanan kejap kiri. Kuat sampai ngilu. Hehehe.





Sunday, November 16, 2014

Set Bersalin

Hai. Ni cerita pasal set bersalin pulak. Dulu tak amik port pun pasal set-set ni. Tapi bila kandungan dah makin besar, baru aku teringat pasal set bersalin yang aku tak cari lagi.

Banyak pilihan kan set bersalin ni. 

Aku dah try survey-survey, macam berkenan plak set bersalin Tanamera.

Aku suka barang-barang yang ada dalam set tu.


yang ni set Tanamera harga dalam RM 350 + +


Nona roguy plak yang bagusnya minyak Herbanika dia.
Dulu makcik2 aku bersalin, memang diorang guna minyak tu.



Afiat. Adik aku guna Afiat.
Afiat pun bagus jugak.



Yang ni dherbs punya.

Sendayu tinggi


Anugerah

Korang yang dah bersalin, haritu guna produk ape? 



Persiapan Baby

Hai. Minggu ni aku dah masuk 24 weeks @ 6 bulan sudah buah cinta di dalam rahim aku. Mula dah rasa sengal sana sini. Tapi aku masih rasa kuat lagi. Cuma jalan pun macam penat sikitlah. Duduk lama rasa sakit. Tapi aku mana reti duduk diam. Diorang duk kata, kuat lagi kamu ni ye naik tangga, turun tangga. Abes, dah opis aku bertangga. 60 anak tangga. Pagi naik tangga, tengahari turun lunch turun tangga, lepastu naik tangga semula. Pukul 5 turun balik. Gitulah rutinnya. 

Minggu ni baru aku bercadang nak beli barang baby. Kebetulan pulak ada baby fair kat Midvalley. Berjaya jugak aku memujuk laki aku untuk pegi hari Jumaat. Sebab hari Sabtu, ada kenduri kat rumah mertua. Tak kanlah aku nak datang lambat kan. Baik aku pegi beli siap-siap hari Jumaat, lepas beli barang boleh terus balik ke rumah mertua. 

Meh, sapa nak pergi tu.


Aku dah shortlist barang baby yang nak dibeli. 
Banyak juga. Breast pump je aku berkira-kira nak beli ke tidak.
Sebabnya adik aku nak bagi breast pump dia brand snowbear.
Dia pakai sekali dua je tak silap. 

Yang lain-lain tu, macam biasa baju2 untuk sikecik.
Jantina belum diketahui, beli aje la warna yang selamat.
Putih, biru, hijau, ungu, oren,peach. 

Bagi yang terlepas kat sini. 
Boleh pegi yang lain plak. Dekat PICC Putrajaya.


Menarik jugak ni.

Lagi satu kat Klang Parade.


Nanti aku update apa yang aku beli ye. 




Tuesday, November 11, 2014

23 Weeks #cerita kuah kambing

Hai semua, kejap benar masa berlalu. Aku dah masuk 23 weeks 3 hari. Hari ahad ni aku masuk 6 bulan dah. Alhamdulillah. Dak kecik dalam perut makin aktif. Dulu aku rasa dia tendang belah kiri je. Sekarang ni kejap kanan, kejap kiri, kejap atas kejap bawah. Seronok rupanya bila baby dah pandai bergerak kekiri kanan. 

Ayahnya pun dah rasa tendangan sulung anaknya. Hehehe. 4 kali dia kick tangan ayah dia. Dan dia selalu bagi kerjasama, bila dia gerak, letak je tangan ayah. Amboii dia tendang sekuatnya. Hikhik. Sweet je rasa.

Tak sabo plak nak pegi scan 4D. Tapi tak tau bilanya nak pegi scan 4D. Mungkin 26 ke 28 weeks kot. Ehehe.

Perubahan perut memang agak ketara. Makin membesar dengan jayanya cuma ada je yang kata perut aku kecik. Anak sulung kot hehehe. 

Mak plak duk teka aku ngandung anak lelaki sebab perut aku lonjong kat tengah. Beza ngan adik aku pregnant anak perempuan. Lepastu malam semalam, aku ada mimpi seorang budak lelaki. Dia pegang perut aku, dia kata nak teka. Dia kata aku ngandung baby boy. Aku terjaga lepastu terus usap perut. Sampai mimpi camtu plak. Aku dan suami tak kisah jantinanya. Janji sihat kan.

Kebelakangan ni plak aku dah makin kerap sakit belakang, sakit pinggang sakit abdomen. Bila dah duduk, nak bangun tu mak ai payah sungguh. Kalau ada laki aku, memang minta tolong dia tarik aku bangun. Macam ni rupa mak aku ngandung aku. Memang susah tapi seronok dan ganjarannya amatlah besar.

Lepastu aku plak semakin emosi. Kadang nangis sebab kecik. Ngade kan. Haha perubahan hormon cenggitu la. Penah sekali, aku MC time tu. Duduk rumah tunggu suami aku balik. Dia bawa nasi balik sebab aku tak larat nak masak. Mula-mula dia call bagitahu nak tak lauk nasi hujan panas + ayam goreng berempah? Aku plak cakap nak. Masa tu terbayang-bayang la ayam tu ngan nasik. Bila balik je. Aku bukak tengok ada kuah kaler kelabu. Aku tanya tu kuah apa. Dengan selamba laki aku cakap tu kuah kurma kambing sedap yangg. Abang selalu makan situ. Cer sayang rasa.

Aku dengan tak semena-mena menitik air mata. Terus aku cakap. Sayang tak makan kambing. Kurma kambing syg tak suka. Ini kuah dah kena dekat nasik. Nape tak asing. Tak kan abg tak tahu syg tak makan kambing. Terus moody lah aku hahaha. Lepastu aku makan sikit je. Aku asingkan nasi terkena kuah. Slow2 aku makan, sebab terus tak selera. Sambil mata bergenang tapi dia tak perasan. Bila dia perasan, dia plak tak lalu nak makan mungkin tengok aku makan sikit + sedih sebab ada kuah kambing.

Tengok, pasal kuah kurma kambing je pun aku sentap hahahahaha kelakar plak.

Ni pun bila malam, aku nak baring, terlentang tak boleh lama. Ngiring ke kiri rasa tak selesa. Ngiring ke kanan aku rasa anak aku tendang. Eh tersepit ke anak mama ni. hehe. Tapi memang duduk lama pun tak bole. Rasa sangat tak selesa.

Aku menghitung hari je ni lebih kurang 3 bulan lagi aku akan melahirkan. Debarnya toksah cite. Harap semua baik-baik aje. InshaAllah.

Doakan aku dan baby ya :)









Monday, November 3, 2014

Update 22 Weeks - Check Up Kali ke 5

Hai semua. Tadi aku ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Check-up kali ke 5 dan aku sudah masuk 22 weeks. Tapi kalu dekat KK, aku baru 21 weeks 6 hari. EDD kat KKIA 9/3/2015 dan lagi satu EDD 8/3/2015. Tapi takpelah nak. Kalau kamu keluar awal seminggu pun mama tak kisah janji kamu sihat walafiat sempurna ciptaan Allah swt. Amin.

Harini aku ke KKIA sampai awal. Aku orang mengandung yang kedua datang. Tapi kaunter pesakit luar lagi ramai. Masa nak pegi ambil darah, aku dapat nombor 1. Tapi spoil la pulak nurse senior kali ni. Aku bagi tangan kiri untuk dicucuk ambik darah, tapi 3 kali dia cucuk tak mau keluar darah atau dia tak dapat urat. Adududu perit. Aku pandang je nurse tu cucuk. Selalu okey je sekali cucuk je nurse-nurse sebelum ni. Penyudahnya tukar tangan kanan dan setel. Aku dengar nurse tu sebut Bismillahhirohmanirrahim. Alhamdulillah okey keluar darahnya. Nurse pun cakap sorry. Okey nurse, no biggie. :)

Cek air kencing semua okey. Turn untuk jumpa nurse. Masuk-masuk je nurse lain dari biasa. Nurse perkenalkan diri. Katanya ini hari pertama dia bertugas disini. Umur maybe 40-an la. Kecik je nursenye. Dia minta maaf awal-awal kalau dia slow hari ni sebab aku patient pertama dia kat sini. Ohh takpe nurse. Faham.

Cek BP, okey normal. Cek HB 12.9. Alhamdulillah HB aku ok. Checkup kali pertama, HB aku 13.6, 13.8, 13.7,12.9 dan tadi pun 12.9. Nurse kata cantik HB. Makan ubat ikut time ye. Ye nurse. Hari2 aku telan ubat2 hematinik tu. Kadang-kadang tersekip gak haha. Tapi kan orang kata makin banyak minggu, makin turun sikit HB. Bagi yang HB rendah tu, korang cuba makan jambu batu, bayam, air ribena. Elakkan caffein. InshaAllah HB ok.

Kemudian, nurse tu ke bilik doctor untuk sahkan result air kencing + darah tu. Sekali nurse tu kene soal dengan doctor. Sian nurse tu. Dia kan baru pertama kali bertugas kat KKIA, memang payah la nak tahu selok belok semua. Takpe nurse, pengalaman baru. 

Dah siap semua, aku jumpa doctor plak. Doctor nak scan baby, amek ukuran. Baby alhamdulillah semua normal, uri semua okey. Aku nampak jantung dia, jantungnya berdegup 150bpm. Doc tunjuk perutnya bulat aje. Kepala, tulang belakang semua macam biasa. Dia ukat2 semua. Dotor kata beratnya sesuai dengan minggu dia. Okey adik. nanti ujung bulan kita scan 4d tau hehe. 

Aku panggil anak aku adik. Hehe. Comel je rasa kalau panggil dia adik. Suami aku pun panggil adik jugak. 

Kemudian, aku cite kat doctor, minggu lepas aku kena keputihan. Memang normal ada keputihan untuk ibu mengandung. Tapi minggu lepas aku kena warna brownish.Cuak aku. Aku pegi klinik private, doc bagi ubat insert vagina + antibiotic. Skang dah okey kembali putih tapi doc tetap ambik sample untuk lab test. Harapla takde pape.

Ni scan tadi. 


Tinggal lagi 18 weeks je. Alahai nervous lak rasanya.
Semoga dipermudahkan semuanya. Doakan ya



p/s : Result minum air gula tu dah keluar, keputusannya aku takde diabetes. Haraplah sampai nak bersalin pun takde.