Sunday, December 28, 2014

Masuk Hospital !

Hai semua. Harini baru masuk kerja semula selepas aku bercuti sederet minggu lepas. Ada kejadian yang berlaku minggu lepas. Untuk pertama kalinya seumur hidup aku, dimasukkan ke dalam ward dan duduk tido dalam ward pakejnya 3 hari 2 malam. 

Ceritanya bermula begini.

Hari Isnin 15/12/2014 tu sampailah hari Rabunya, aku kena heartburn @ pedih ulu hati. Benda yang sangat biasa dalam kalangan ibu mengandung. Sebabnya baby makin membesar, rahim pun membesar, perut pon membesor dan menekan-nekan kita punya ulu hati tu. Aku mampu menelan gaviscon sahaja atas nasihat doctor. 

Hari Khamis, aku memang tak larat sungguh, nak masak pun macam mual bau tumis-tumis. Aku pun pegi kedai beli sup sayur + telor. Malamnya aku makan, dua kali tapi dalam kuantiti yang sedikit. 

Subuh pukul 3 pagi, aku macam mimpi. Mimpi ape korang tau? 

Mimpi sakit perut. Tapi rupanya aku bukan mimpi. Memang sakit. Sakit perutnya jenis memulas-mulas dan berulang. Pegi toilet tak mau berry pun. Aku baring semula. Terlelap dalam kesakitan. Pukul 4 pagi aku terjaga lagi, ulang toilet lagi. Keluar sikit je. Hmmm sakitnya memulas mulas sampai meleleh air mata. Huwaaaa sakitnyaaa. Dalam hati, nak beranak ke apa ni. T_____T

Sampai pagi, sakit perut memulas lagi pukul 10 pagi. Macam biasa masuk toilet tapi takde membuang. Tengahari okey tak sakit sangat. Hilang. Tetiba petangnya sakit balik. Adoiyai. Lagi kerap. Selang 15 minit je dia memulas. Time tu aku call mak ayah aku, suruh amik aku. Suami aku lambat lagi nak sampai. Mak ayah aku datang, terus balik home town. Otw balik tu perut memulas memanjang. Aku terdiam tak terkata sebab sangatla sakit memulasnya. 

Ayah aku kata, nak pegi hospital ke tidak ni. Teruk rupanya. 

Adik aku memang suruh pi hospital terus bila sampai hometown nanti. Sampai je, terus pegi hospital. Dekat kaunter, diorang macam tak percaya aku dah 7 bulan. Perut kecik kate diorang kehkehkeh. Sampai dua kali tanye dah bape weeks. 

Tapi prosedurnya kalau pregnant, memang ape lagi. Terus ke labour room lah aku terkedek-kedek membawa perut ditemani adik aku. Maceh Yah. Teman. 

Sampai je dalam labour room, dah disoal siasat oleh doctor, cek itu ini. Aku ade contraction pulak dahh. Baby asyik mengeras. Dahla perut memulas, baby mengeras. Pakej tau hehehehe. Pandai baby ni ye. Memang kena tahan ward la. Doctor kata, aku kena inject dexa. Laluan tak buka lagi. Tapi kalau-kalau aku terberanak kan. Inject mematangkan paru2 baby. Sakitnye Allahuakbar. Memeritkan. Sape penah kena dexamethasone tu tau la camne rasanya. Hukhuk.Tapi demimu anak. Inject tu kena dua kali. Sakit le bonbon kiri kanan.

Bila doc scan baby, elok je dia aktif. Alhamdulillah. Mak dia yang bermasalah sakit perut niiii.

Lepastu aku pun duduk la tidor dekat ward. Sampai pukul 10.00 malam, hubby sampai. Muka dia cemas gile ingat aku dah nak beranak. Dia antar barang2 aku. Allahurabbi sedihnya rasa time tu. Dengan sakitnya, suami pulak tak boleh teman.  Aku suruh dia balik rumah mak aku. Sebab rumah mak dengan hospital takde jauh mana pun. 10 minit dah sampai. Boleh pulak dia tak nak balik, nak tidor kat luar ward. Memang tak laaaaa aku nak bagi. Baik balik rumah mak aku. Dia pun balik, sian dia. Penat drive dengan kelam kabutnya, jem lagi. 


Satu set in pink


Malam tu aku tidur sorang je plak kat area katil tu. 
Malam tu nurse datang pukul 1 pagi buat CTG,
 pukul 4 pagi cek jantung baby dan tekanan darah aku.


Breakfast hari Sabtu. Lepas je makan, aku tidur. Tak lama lepastu terjaga.
Sakit perut memulas kembali. Meleleh air mata. Hukhukhuk. 
Keluar sendiri, bukan nanges pun huhu.
Tak lama lepastu hilang sakit, aku tertidur semula. 
Kemudian nurse datang, doctor datang round katil.


Kemudian aku makan ubat. Terlelap lagi.
Sampai tengahari suami datang sekali dengan adik aku dan anak buah aku.
Bawak lauk mak aku masak. 


Ni lauk tengahari Sabtu. 
Aku makan sikit campur lauk mak aku.
Memang tak lalu makan sebab menahan sakit perut. 

Tak lama lepastu aku cherry berry.
Ahh sudah. Makin bertambah memulas mengerekot aku.
Time tu suami ada, adik ada. Diorang la urut2 belakang aku.

Sebab pakej dengan angin. 
Sendawa + kentot tak payah citela bape puluh kali.

Dah abes waktu rehat, diorang pun balik.
Suami janji nak datang petang kang dengan mak ayah sekali.
Aku dalam kesakitan tertidur sekejap.



Petang tu diorang hidang kuih sagu ni.
Aku makan sikit je. Kuih ni fav aku.
Tapi tak lalu mauk makannya hukhukhuk.

Sebabnya perut makin memulas, pakej cherry berry + vomit.
Adoiii. Malam tu memang tidur berteman sakit perutlah aku.


Makan malam tu pon aku makan sikit je.
Tak lalu.
Dengan kena inject dexa yang sakit gile tu lagi sekali masa malam ahad.
Sampailah esoknya baru kurang sakit perut tapi still datang kejap-kejap.
Pagi tu diorang hidang bihun singapore tapi takut nak makan 
sebab ada lada hitam. Panas. Kang bertambah sakit perut. 

Pagi tu Alhamdulillah dah kurang sakit perut dan cherry berry.
Minum air garam. Doc round katil. Doc cakap dah boleh discharge tengahari.
Lega. Call husband, sonok ni dah boleh keluor.


Lauk last dekat hospital. Aku makan sebelum keluar ward.

Balik rumah mak aku, rehat. 
Tapi tetap juga sakit memulas sekejap-sekejap.

Sampailah hari Rabu, baru sakit perut hilang sepenuhnya.
Lama betul sakit perut memulas ni. 

tengok yang doctor tulis,
banyaknya sakit!

gastrik + food poisoning (aku syak makan sup sayur) hukhuk +
premeterm conctraction.

Sekarang Alhamdulillah makin sihat,
baby makin besar dan perut makin berat.

Esok checkup di KKIA.
Nanti aku update :)


tatatatata pinggang sakit nak baring.







Thursday, December 18, 2014

1st Annivesary

Alhamdulillah genap setahun aku diijabkabulkan dengan suamiku.

Memang tak sangka kejap sangat masa berlalu. 

Sambut annivesary bertiga hehehehe. 

Suami bagi aku bunga + camera polaroid instax mini 8. Terharu nih hehehe.

Aku bagi dia belt. Haritu tengok belt dia macam nak tercabut je. 
Lepastu kitorang pegi makan seafood kat Bagan Lalang.

Gamo nanti kita masukkan.

Doakan semoga ikatan kami ni berkekalan hingga ke akhirnya ya. Aminn

Sunday, December 14, 2014

Yogurt!

Hai. Semalam, officially aku dah masuk trimester ke tiga. Dimana waktu nak beranak tu makin hampir lebih kurang dua bulan lebih je lagi. Nebesnyeee. 

Semoga dipermudahkan semuanya. Sikecik ni dah pandai berombak berguling kepala kejap kiri kejap kanan. 

Entry yang lepas, aku ada cerita pasal brown discharge kan. Okey, minggu lepas keluar lagi. Sampai naik buntu la aku rasa. Tapi aku tak putus asa. Aku google, blog omputeh bagai. Katanya normal. Sebab bila kandungan membesar, rahim menekan dan sisa-sisa yang tinggal tu lah akan keluar. 

Blur kejap. 

Hari Jumaat, tersembang dengan akak dari HQ. Aku pun ringan mulut bertanya, penah tak masa ngandung keluar brown discharge. Yes, dia pernah dan teruk hari-hari pakai pad macam orang period kekdahnya. Tapi aku pakai pantyliner je. Katanya, ada seorang pakar O&G di spital mane tah aku lupa dia cakap, katanya cuba makan yogurt. Yogurt akan matikan kuman sumer tu. Okey. Nak cuba.

Aku pun apa lagi, rehat pukul satu, terus cari yogurt. Kebetulan suami aku cuti sempena hari keputeraan Sultan Selangor, so dia ada kat sini teman aku dari hari Rabu. Senang hati nampak darling depan mata. 

Aku terus beli 3 botol yogurt nestle pelbagai flavour. Selalu laki aku je suka makan yogurt dan beli yogurt. Hehehe.

Aku makan sehari dua kali. Masa hari Sabtu, malam tu banyak keluar brown tu lagi. Aku fikir mungkin dia nak keluarkan semua kuman-kuman degil tu. 

Hari ahad, semalam. Dah takde dah brown discharge tu. Alhamdulillah. Lega rasa. Dah normal white discharge jer. Harapnya tak keluar dah. Kalau tak, sangat trauma ye setiap kali nak ke toilet.


So, yogurt, i love you.
Saya akan makan awak setiap hari!







Sunday, December 7, 2014

Update 27 Weeks

Hai, alhamdulillah semalam aku dah masuk 27 weeks. Hujung minggu ni masuk dah trimester 3. Kejap benar masa berlalu. Eh eh dah dekat 7 bulan dah. lagi 2 bulan je nak beranak. Aduhh terbayang pula kesejukan di dalam labour room bila dengar orang cerita. Hahahaha. Aku penakut sikit.

Alhamdulillah setakat ni aku okey. Baby pon okey makin aktif, makin berombak sampai senget-senget perut aku bila dia bergerak. Perut aku pulak comel je kekdahnya. Orang pun macam ehh dah dekat 7 bulan pun keciknya perut. Erkkk takpela kak, janji anak di dalam sihat. 

Oh, lupa nak cerita sambungan brown discharge yang aku alami bila menginjak 22 weeks haritu. Doc kan kata, maybe effect bersama suami sebab bila preggy, rahim kita sangat soft dan cepat terengsa. Okey aku cuti bersama dalam 2 minggu, tengok-tengok tak bersama pun masih keluar jugak sikit-sikit. Peninggg rasa. Memang tak sakit langsung. Cuma risaulah kan. Ada doctor lain pulak kataya mungkin darah-darah lama yang tertinggal sebelum pregnant, sebab rahim makin menekan. Macamtulah kata dia. 

So, hari Sabtu aku cerita pada maksu aku. Seorang mak beranak 3. Penah kena tak sebab ramai yg aku tanya, tak pernah kena. Rupanya dia pon kena macamtu, doc dia kata hormon orang ngandung. tah la pening aku memikir. Pegi klinik doc cakap biar je semua bakteria keluar. Kerap basuh dan keringkan di situ. 

Sekarang 27 weeks pun kadang dia keluar on off. On off. Harapnya takde pape lah kan.

Okeylah, tak lalu rasa nak menaip sejak perut makin besar + abdomen kiri kanan sakit menekan-nekan. rehat jap hehehe

Update 26 weeks - Check Up kali ke 6

Hai semua, minggu lepas hari Selasa aku pergi check up kali ke 6 berseorangan tanpa ditemani hubby. Sekarang ni aku check up hari Selasa, so susah pulak laki aku nak cuti hari Selasa. 

Alhamdulillah baby ok, jantungnya berdegup 148/bpm. Boleh agak tak baby ape? ehehehe. 

Keputusan sample keputihan aku haritu negative. Takde yang merisaukan. Haritu aku kene lagi brown discharge. Aku pegi Klinik Swasta, doc cakap luka di permukaan rahim, so stop bersama suami. Takde bagi ubat ape pun. Lepastu hilang macam tu je. lega. 

Masa cek tu aku batuk + sakit tekak. Sepatutnya aku kene inject tetanus tu. Tapi sebab aku batuk, diorang tak berani nak inject. Aku kena masuk jumpa doctor. Doc cek-cek semua, doc suruh makan ubat batuk tapi effectnya baby kurang gerak sebab ubat tu mengantuk dan bila ibu mengantuk, baby turut mengantuk. Gulp takutnya aku.  Doctor bagi gak aku ubat kahak sebab tekak aku luka. Macam biasalah, takmau makan sebab takut ehehehh.

Doc kata takpa, makan je. Tapi doc suggest juga minum air tea with lemon. Penyudahnya aku makan kicap sesudu + perahan limau nipis. Alhamdulillah lega batuk aku. 

Hb aku okey, paras normal 12.9. Haraplah menten sampai nak beranak nanti. 

Okey, tu aje. 30/12 ni ada lagi check up + scan kat KKIA.

Sampai nanti, tatatata. :D