Sunday, December 7, 2014

Update 27 Weeks

Hai, alhamdulillah semalam aku dah masuk 27 weeks. Hujung minggu ni masuk dah trimester 3. Kejap benar masa berlalu. Eh eh dah dekat 7 bulan dah. lagi 2 bulan je nak beranak. Aduhh terbayang pula kesejukan di dalam labour room bila dengar orang cerita. Hahahaha. Aku penakut sikit.

Alhamdulillah setakat ni aku okey. Baby pon okey makin aktif, makin berombak sampai senget-senget perut aku bila dia bergerak. Perut aku pulak comel je kekdahnya. Orang pun macam ehh dah dekat 7 bulan pun keciknya perut. Erkkk takpela kak, janji anak di dalam sihat. 

Oh, lupa nak cerita sambungan brown discharge yang aku alami bila menginjak 22 weeks haritu. Doc kan kata, maybe effect bersama suami sebab bila preggy, rahim kita sangat soft dan cepat terengsa. Okey aku cuti bersama dalam 2 minggu, tengok-tengok tak bersama pun masih keluar jugak sikit-sikit. Peninggg rasa. Memang tak sakit langsung. Cuma risaulah kan. Ada doctor lain pulak kataya mungkin darah-darah lama yang tertinggal sebelum pregnant, sebab rahim makin menekan. Macamtulah kata dia. 

So, hari Sabtu aku cerita pada maksu aku. Seorang mak beranak 3. Penah kena tak sebab ramai yg aku tanya, tak pernah kena. Rupanya dia pon kena macamtu, doc dia kata hormon orang ngandung. tah la pening aku memikir. Pegi klinik doc cakap biar je semua bakteria keluar. Kerap basuh dan keringkan di situ. 

Sekarang 27 weeks pun kadang dia keluar on off. On off. Harapnya takde pape lah kan.

Okeylah, tak lalu rasa nak menaip sejak perut makin besar + abdomen kiri kanan sakit menekan-nekan. rehat jap hehehe

No comments: