Monday, January 26, 2015

Update 34 Weeks - Check Up Kali ke 9

Hai semua. Tadi aku pegi check up kali ke 9 di KKIA. Pagi tadi opismet aku hantarkan. Start hari ahad haritu aku duduk dekat rumah opismet aku, Jiha. Dia sudi nak tumpangkan rumahnya sementara aku menunggu hari nak cuti minggu depan. TQ Jiha. Moga kau sentiasa dimurahkan rezeki. Kawan-kawan kesian kat aku sebab aku duk sorang kan. Kang sakit ke ape susah. Alhamdulillah Allah swt selalu hantarkan orang yang baik-baik untuk bantu aku disini.

Checkup harini dimonitor oleh Ketua Bidan di KKIA ni. Namanya Raztimona Lyza. Sedap kan nama Sister ni hehe. Nurse yang cek pulak adalah nurse yang sedang praktikal kat KKIA sini sebab sambung untuk amik course perbidanan. 

Harini aku dapat result air gula yang aku minum dua minggu lepas. Alhamdulillah takde kencing manis. Result okey. 5.4 selepas minum air gula dan puasa.

Tekanan darah okey. HB aku kali ni 12.7. Nurse tanya petua lagi, makan ape. Aku ceritalah aku makan jambu batu + pati delima Gulsan + buah delima. Pil2 tu kekadang je aku makan sebab bila makan je mula perut aku kembung. 

Berat plak. Haaaa. Nasib baik berat kali ni naik sikit je daripada 81.2 kg kepada 82.4 kg. Naik 1.2 kg. Patutnya dua minggu kena naik 1kg tapi nurse kata takpa. Okey dah ni normal. Aku kurang skit makan nasik. Nasik pun tak tambah hihihihi takut berat naik lagi punya pasal. 

Lepastu nurse dan Sister tu cek aku punya perut. Jantung baby 146 bpm. Laju sikit dari dua minggu lepas sebab baby tengah gerak. Memang seronok sangatlah dak kecik dalam perut ni tendang2 mama dia ni. Sister tu cek, baby dah masuk laluan dah. Patut rasa berat je tang bawah ni. Sister kata, baby dah masuk laluan ni, kadang-kadang kalau baby gerak kuat sangat pun boleh terpusing balik. Ataupun kalau kita jatuh. 

Aku ni kena banyak hati-hati sebabnya opis aku ni bertangga. Memang jenuhla sakit kaki aku semua nak naik turun tangga. 

Nurse dan Sister tu bagi penerangan sikit tentang penyusuan ibu, tanda-tanda nak bersalin.

Okey, sejujurnya memang berdebar2 hati aku ni toksah citelah hehehe. Tapi aku kene kuat. Kuat demi nak melihat buah cinta aku dan suami ni. 

Moga dipermudahkan olehNya.    

Aminnn.




Anak mama dah turun bawah ni.
Semoga awak dan mama selamat nanti ya.
Mudah-mudahan. 




Sunday, January 25, 2015

Persiapan Bersalin - Set Bersalin

Hai semua. Semalam dah 34 weeks Alhamdulillah. Kadang-kadang rasa tak sangka dah sejauh ini aku melalui fasa mengandung yang menarik dan memberi aku pengalaman baru. 

Haritu aku ada cerita pasal set bersalin. Mulanya aku ingat nak beli yang loose item jer. Tapi bila aku tengok review, Nona Roguy macam menarik je. Tu yang aku ingat nak beli Nona Roguy. 

Minggu lepas, husband tanya aku. Nanti nak bersalin pakai set bersalin ape. Aku cakap tak tahu lagi sama ada nak Nona Roguy @ Tanamera. Sekali dia kata, haaa Nona Roguy ada ni akak opis ni jual. Tengah promo RM 280.00 je tau. Husband offer nak ker? Aku? Opkoslah nak. Dia belanja hihihi. 




Dalam set bersalin ni ada benda-benda ni. Aku baca review ramai kata okey. 

Phytonatal tu bagus untuk sembelit. 

Herbanika lulur tu bagus untuk hilangkan daki-daki degil. Herbanika barut untuk pakai sebelum balut dengan barut.

Minyak herbanika ni elok sapu kat perut, pinggang, bagi warm-warm sikit. Sapu kat badan pon boleh. Misi aku nanti haruslah nak kembalikan berat badan normal hehehe. 

Uncang cuci tu plak untuk penjagaan bawah. Tapi aku ada terbaca info yg elok dilalukan dengan air paip saja sewaktu awal-awal dan lap pedap gitu-gitu ajak dekat situ. 

Akar herbanika ni kena minum. Tapinya tak tahulah aku boleh minum ke tidak hehehe. 

Okey tu aje. Untuk review penuh, nanti lepas bersalin aku update di blog utama dan blog ini. 


Esok checkup kali ke 9 di KKIA.

Semoga semuanya okey. Mudah-mudahan. 


Monday, January 19, 2015

Update 33 Weeks

Hai semua. Alhamdulillah dah 33 weeks hari Ahad haritu. Minggu ni dah merasa tekanan yang agak lebih lagi. Baby tendang agak kuat dari sebelumnya. Yelah sebab baby dah besar, tulang pun dah mantap. Memang ngilu la bila dia bergerak. Dah tak boleh mengiring sangat dah. Sebabnya bila mengiring je baby tendang-tendang, terpaksa la aku tidur terlentang dan alas bantal kat kaki. Tapi kekadang aku pujuk-pujuk gak nak ngiring ke kanan. Kiri tak best. Senak.

Malam-malam memang tak nyenyak tidur. Nak ubah posisi lagi lah sakitnya badan. Tapi takpa. Latihan bangun malam untuk mamanya bila baby dah keluar nanti hehehe. 

Ni pun pinggang semua dah sakit-sakit ni. Sakit belakangnya. Tabah jelah hati lagi-lagi dengan suami yang jauh di mata dekat dihati ni. Takde sapa nak urut haa.

Cuti bersalin dah apply dan aku mula cuti tengah bulan februari. Lepastu balik umah mak ayah aku. Bersalin kat sana. Ni pun asyik tengok kalendar je huhu sebab tak larat dah nak duduk sorang kat sini.


Baby, keluar lepas ayah habis exam tau.
Hehehehe



It's a..............


Jeng jeng jeng

Hehehe walaupun aku dan suami dah tahu jantina baby, tapi kami simpan dulu. Saje je. Hehe tunggu sampai baby lahir.

Namanya pun dah ada.Punya lah banyak aku short list kan nama tu,ayahnya tetap nak yang nombor 1.

Namanya simple aje. Tapi aku suka maknanya.  Aku dapat nama tu daripada group 
Nama-nama Indah Yang Bermakna di facebook.

Kat sana ada Ustazah & Admin yang pantau makna nama-nama yang kita minta. Nak cari kat situ pun boleh. Ada failnya. Semua nama daripada Bahasa Arab. Di group tu, aku dapat banyak info tentang nama-nama yang baik. Nama yang kurang sesuai untuk anak, nama malaikat yang boleh dan tidak boleh digunakan dan macam-macam lagi info tentang nama. 

Rupanya ada nama yang di dalam buku maknanya lain, tapi dalam bahasa Arab lain pula maknanya. Kemudian Ustazah ada cakap, kalau anak kita namanya panjang, atau ada dua suku kata, panggil lah antara salah satu nama anak itu. Jangan panggil nama pendek-pendek, dah takde maknanya. Sayang je letak nama panjang-panjang kan.

Apa-apapun. Semoga selamat dan dipermudahkan semuanya. Aku dah mula rasa goyang sikit ni. Takut ada, tak sabar ada. Bercampur baur. 

Okey, nanti aku update lagi. :)

Tatatata





Tuesday, January 13, 2015

Update 32 Weeks - Check Up Kali Ke 8

Hai semua. Alhamdulillah dah menjengah 32 weeks. Allahurabbi berdebarnya rasa hati memikirkan bagaimanakan aku nanti saat melahirkan si kecil ini. Moga Allah swt permudahkan segalanya. Amin.Amin.Amin. Mohon doa dari kalian semua.

Tapi dalam pada debar tu, seronok pula rasa hati bila nak menatap wajah si kecil yang setiap hari bermain-main di dalam perut ni. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Eh kejap-kejap ke atas. Sekarang aku dapat rasa tendangan si kecil ni sangat kuat sampai rasa macam eh kerasnya. Kaki dia la tu. Kadang-kadang bila dia mengeras, sampai senget-senget perut. Tunjuk kat ayahnya. Ayahnya macam terkejut. Eh perut sayang senget, lebih kat belah kiri. Hihi tu tak tau la bontotnya ke, atau kepalanya ker. Ngilu jugak rasanya.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mengandung. Satu pengalaman yang cukup indah. Walaupun kadang-kadang rasa tak larat, tapi bila tengok je perut, usap perut. Fuhh serta merta kekuatan tu datang semula. Aku kena kuat.

Eh melalut. Nak cerita pasal check up jer ponnnnnnn lahai. Hehehe.

Semalam checkup kali ke 8 di KKIA. Sekarang ni dah start 2 minggu sekali dah. Aku ada lagi 2 kali macamtu checkup kat sini sebelum aku cuti. Aku amik cuti 90 hari. Cuma aku cuti awal sikit memandangkan aku kan jauh-jauh dengan yang tersayang semua. Harap semuanya dipermudahkan.

Aku datang lewat sikit dekat pukul 8. Kena minum air gula hari ini. Auwwww kali ni rasanya macam tak sedap tapi aku teguk 3 kali setel. Lepastu terus checkup perut. Timbang berat semua. Dah kena bebel dengan nurse sebab berat aku naik dekat 2 kg. Hmmmmmm 2 minggu lepas aku punye berat 79kg. Semalam pulak 81kg. Nurse tu tak habis-habis cakap berat sangat, berat sangat. Iyer, aku tahu aku kuat makan. Aku makan banyak. Tapi kadang makan sikit rasa macam makan kapas. Tak kenyang. Ehh macam pernah makan kapas plak hahahahahaha.

Nurse cakap, takut baby besar. Harapnya baby punya berat okey jerlah ya sayang.
Dah setel checkup aku rileks dulu kat bilik penyusuan sebab malas nak balik opis. So menapak la kat situ dua jam sampai pukul 11 untuk ambik darah selepas minum air gula yang aku ibaratkan ia seperti 'hot caramel latte' hahahaha.


Anak mama dah ada rambut lebat kotnya kan.
Sebab terasa-rasa kat pundi kencing tu dia langgar-langgar hehe.


Semoga dipermudahkan. Amin. 


Tuesday, January 6, 2015

Jauh

Mengandung sulung begini.

Berjauhan pula dengan keluarga dan suami. Sebatang kara di sini. Memang sangat menguji aku. Masa awal-awal trimester pertama. 

Lagilah. Mabuk. Loya. Tak berapa stabil lagi. 

Bila masuk trimester kedua. Selesa. Rasa aktif. Sihat. Bertenaga.

Masuk pula trimester ketiga. Mula weak balik. Terasa berat. 

Malam-malam nak bangun pun terasa sangat sakit. Amik masa nak bangun. Sedihnya tak usah dicerita.

Aku jarang nak menangis hiba ni. 

Sebab aku tak nak anak aku turut sedih macam aku. Aku pendam. Aku diam. Meluahkan di dalam diari. 

Dua tiga menjak ni pula ayah baby sibuk. Nak exam. Terasa macam. Ermmm tak bestnya. Macam susah je nak cerita macam-macam. Kerja lagi, kelas lagi.

Pendek kata sibuklah. 

Aku beruntung, suami sangat mengambil berat. Tapi bila dia sibuk. Aku rasa keseorangan pula. Tapi Allah swt itu adil. Bila aku terasa macam keseorangan, baby mesti tendang.

Kuat pulak tu. Seolah-olah nak kata, mama jangan sedih. Baby ada teman. 

Okey, bila cerita ini aku rasa nak menangis pulak.

Olololololo sangat cembeng la aku ni hehe.

Mood aku pun macam biasalah. Kejap okey kejap tidak. 

Minggu lepas, ayah dak kecik ada program. Dapat luang masa sama2 dua hari je padahal cuti 4 hari. Aku tak perlu ikut dia kalau ada program. Aku sarat. Berat je rasa. 

Minggu ni pula. Hari ahad dicuri. Kelas ganti. Alahai. Masa aku begini. Tengah sarat begini, macam-macam hal nya. 

Kalau nak ikutkan, perempuan mengandung ni suka dimanja, dibelai. Tapi aku, belai manja diri sendiri la kecuali hujung minggu. 

Aku suka hujung minggu. Bila balik rumah mak ayah aku. Semua layan aku. Aku nak makan apa, nak minum apa. Nak buah apa. Semua pon rasanya dapat. Mak ayah layan aku macam anak kecil. Hujan-hujan pun sanggup redah untuk anaknya yang sarat ini. 

Aku suka hujung minggu sebab dapat bersama dengan suami. Suami pun suka sembang dengan anak dia. Dia dapat rasa anaknya bergerak, tendang-tendang, mengeras.

Bukan selalu ayahnya dapat rasa. Orang lain dapat rasa hari-hari, dapat usap hari-hari perut ibu mengandung. Tapi aku, hanya hujung minggu. Sedih sebenarnya. Tapi aku percaya semua ini ada hikmahnya nanti. Allah swt beri aku ujian ini supaya aku kuat. Allah swt tahu aku mampu. 

Anak, jangan keluar masa sibuk begini ya. Ayah sibuk. Mama sorang-sorang kat sini.
Tunggu sampai waktunya. Amin.


Mama kena happy supaya baby pun happy.
Hai baby. Love you hehehehe 

Chaiyokkk





Sunday, January 4, 2015

Update 30 Weeks - Check Up Kali Ke 7

Hai semua. Lama tak update, tahun lepas la last update hahaha padahal baru masuk 5 hari tahun baru. 

Hari Selasa minggu lepas 30/12/2014 aku check up lagi kali ke 7. Dah 7 kali rupanya aku checkup. Suami pernah teman 3 kali, selebihnya aku sensorang eh berdua la dengan anak dalam perut hehehehhh. 

Untuk checkup kali ni, HB aku masih maintain 12.5. Aku banyak kali skip makan pil2 hematinik tu sebab sejak kandungan besar, aku rasa perut aku tak selesa menelan pil2 tersebut. Rasa macam kembung perut. Tu yang aku jarang makan tu. 

Yang lain-lain, berat aku dah bertambah dan sekarang ni dah menjangkau 80 kg tau! Gemoknya hahaha. Tapi tu pun nurse suruh aku timbang 3 kali sebab nurse tak percaya. Dia kata badan tak nampak besar tapi berat. Dah 3 kali aku turun naik, memang betul la itu berat aku. Mungkin aku tinggi. Tu yang tak nampak gemok cuma berat. Pestaim berat camni tau. Makanya nanti aku kena minum air gula lagi dua minggu haha mendapatlah kan. Lepasni aku check up dua minggu sekali sampaiiiiilah nak bersalin nanti. Dahla checkup semua hari Selasa. Rasa macam nak checkup hari Isnin jeeeeee. Boleh apaknya antarkan hikhikhik. Tapi takpela. Teruskan aje. 

Lepas siap nurse check up jantung baby ape sume, maka aku masuk ke bilik Puan Doctor untuk scan 7 bulan pulak. Waa best plak Doctor pompuan yang ni. Peramah dan sangat rileks melayan pertanyaan aku. Siap masa scan dia sembang-sembang lagi dengan aku. Alhamdulillah syukur, anak mama sihat dan makin besar. Patut la aku rasa macam beratnya perut nak jalan. Hihihi. Rupanya dah 1.7kg dah anak mama ni. 

Kemudian, aku kena inject tetanus untuk kali kedua. Tak sakit macam kali pertama. Pandai nurse tersebut cucuk. Rileks je. 

Sejak dua menjak ni, aku rasa badan aku kerap benar berpeluh. Berpeluh memang biasa untuk orang mengandung sebab suhu badan panas kan. Tapi ni peluh yang aku rasa heavy gak la. Macam berbau je badan aku hahaha ke perasaan aku je entahlah. Aku asyik sembur minyak wangi je tau hahaha.

Bila dah sarat ni, aduhai aku rasa macam agak sensitif. Rasa macam nak berkepit je dengan husband. Jalan pun macam tak lalu je ni tapi aku gagahi jua untuk berjalan meronda sambil turun naik tangga kat opis hari-hari. 

Penat, letih semua ada. Bila dah dapat duduk atau baring, memang teruk dan sakit sikit la nak bangun lagi-lagi nak ke toilet hihi. Tapi demimu anak. Sanggup.

Precious moments. Suka saat-saat mengandung ni. Rasa sangat dihargai. 

Sekarang aku faham kenapa syurga di bawah telapak kaki ibu.

Bukan senang mengandung ni. Tapi kita sebagai perempuan, memang kuat.

Moga Allah swt permudahkan urusanku sehinggalah saat melahirkan nanti. InshaAllah.

Doakan yaaa.


Anak mama dah besar dah.

Harini 31 weeks 1 day