Sunday, December 14, 2014

Yogurt!

Hai. Semalam, officially aku dah masuk trimester ke tiga. Dimana waktu nak beranak tu makin hampir lebih kurang dua bulan lebih je lagi. Nebesnyeee. 

Semoga dipermudahkan semuanya. Sikecik ni dah pandai berombak berguling kepala kejap kiri kejap kanan. 

Entry yang lepas, aku ada cerita pasal brown discharge kan. Okey, minggu lepas keluar lagi. Sampai naik buntu la aku rasa. Tapi aku tak putus asa. Aku google, blog omputeh bagai. Katanya normal. Sebab bila kandungan membesar, rahim menekan dan sisa-sisa yang tinggal tu lah akan keluar. 

Blur kejap. 

Hari Jumaat, tersembang dengan akak dari HQ. Aku pun ringan mulut bertanya, penah tak masa ngandung keluar brown discharge. Yes, dia pernah dan teruk hari-hari pakai pad macam orang period kekdahnya. Tapi aku pakai pantyliner je. Katanya, ada seorang pakar O&G di spital mane tah aku lupa dia cakap, katanya cuba makan yogurt. Yogurt akan matikan kuman sumer tu. Okey. Nak cuba.

Aku pun apa lagi, rehat pukul satu, terus cari yogurt. Kebetulan suami aku cuti sempena hari keputeraan Sultan Selangor, so dia ada kat sini teman aku dari hari Rabu. Senang hati nampak darling depan mata. 

Aku terus beli 3 botol yogurt nestle pelbagai flavour. Selalu laki aku je suka makan yogurt dan beli yogurt. Hehehe.

Aku makan sehari dua kali. Masa hari Sabtu, malam tu banyak keluar brown tu lagi. Aku fikir mungkin dia nak keluarkan semua kuman-kuman degil tu. 

Hari ahad, semalam. Dah takde dah brown discharge tu. Alhamdulillah. Lega rasa. Dah normal white discharge jer. Harapnya tak keluar dah. Kalau tak, sangat trauma ye setiap kali nak ke toilet.


So, yogurt, i love you.
Saya akan makan awak setiap hari!







No comments: