Sunday, December 28, 2014

Masuk Hospital !

Hai semua. Harini baru masuk kerja semula selepas aku bercuti sederet minggu lepas. Ada kejadian yang berlaku minggu lepas. Untuk pertama kalinya seumur hidup aku, dimasukkan ke dalam ward dan duduk tido dalam ward pakejnya 3 hari 2 malam. 

Ceritanya bermula begini.

Hari Isnin 15/12/2014 tu sampailah hari Rabunya, aku kena heartburn @ pedih ulu hati. Benda yang sangat biasa dalam kalangan ibu mengandung. Sebabnya baby makin membesar, rahim pun membesar, perut pon membesor dan menekan-nekan kita punya ulu hati tu. Aku mampu menelan gaviscon sahaja atas nasihat doctor. 

Hari Khamis, aku memang tak larat sungguh, nak masak pun macam mual bau tumis-tumis. Aku pun pegi kedai beli sup sayur + telor. Malamnya aku makan, dua kali tapi dalam kuantiti yang sedikit. 

Subuh pukul 3 pagi, aku macam mimpi. Mimpi ape korang tau? 

Mimpi sakit perut. Tapi rupanya aku bukan mimpi. Memang sakit. Sakit perutnya jenis memulas-mulas dan berulang. Pegi toilet tak mau berry pun. Aku baring semula. Terlelap dalam kesakitan. Pukul 4 pagi aku terjaga lagi, ulang toilet lagi. Keluar sikit je. Hmmm sakitnya memulas mulas sampai meleleh air mata. Huwaaaa sakitnyaaa. Dalam hati, nak beranak ke apa ni. T_____T

Sampai pagi, sakit perut memulas lagi pukul 10 pagi. Macam biasa masuk toilet tapi takde membuang. Tengahari okey tak sakit sangat. Hilang. Tetiba petangnya sakit balik. Adoiyai. Lagi kerap. Selang 15 minit je dia memulas. Time tu aku call mak ayah aku, suruh amik aku. Suami aku lambat lagi nak sampai. Mak ayah aku datang, terus balik home town. Otw balik tu perut memulas memanjang. Aku terdiam tak terkata sebab sangatla sakit memulasnya. 

Ayah aku kata, nak pegi hospital ke tidak ni. Teruk rupanya. 

Adik aku memang suruh pi hospital terus bila sampai hometown nanti. Sampai je, terus pegi hospital. Dekat kaunter, diorang macam tak percaya aku dah 7 bulan. Perut kecik kate diorang kehkehkeh. Sampai dua kali tanye dah bape weeks. 

Tapi prosedurnya kalau pregnant, memang ape lagi. Terus ke labour room lah aku terkedek-kedek membawa perut ditemani adik aku. Maceh Yah. Teman. 

Sampai je dalam labour room, dah disoal siasat oleh doctor, cek itu ini. Aku ade contraction pulak dahh. Baby asyik mengeras. Dahla perut memulas, baby mengeras. Pakej tau hehehehe. Pandai baby ni ye. Memang kena tahan ward la. Doctor kata, aku kena inject dexa. Laluan tak buka lagi. Tapi kalau-kalau aku terberanak kan. Inject mematangkan paru2 baby. Sakitnye Allahuakbar. Memeritkan. Sape penah kena dexamethasone tu tau la camne rasanya. Hukhuk.Tapi demimu anak. Inject tu kena dua kali. Sakit le bonbon kiri kanan.

Bila doc scan baby, elok je dia aktif. Alhamdulillah. Mak dia yang bermasalah sakit perut niiii.

Lepastu aku pun duduk la tidor dekat ward. Sampai pukul 10.00 malam, hubby sampai. Muka dia cemas gile ingat aku dah nak beranak. Dia antar barang2 aku. Allahurabbi sedihnya rasa time tu. Dengan sakitnya, suami pulak tak boleh teman.  Aku suruh dia balik rumah mak aku. Sebab rumah mak dengan hospital takde jauh mana pun. 10 minit dah sampai. Boleh pulak dia tak nak balik, nak tidor kat luar ward. Memang tak laaaaa aku nak bagi. Baik balik rumah mak aku. Dia pun balik, sian dia. Penat drive dengan kelam kabutnya, jem lagi. 


Satu set in pink


Malam tu aku tidur sorang je plak kat area katil tu. 
Malam tu nurse datang pukul 1 pagi buat CTG,
 pukul 4 pagi cek jantung baby dan tekanan darah aku.


Breakfast hari Sabtu. Lepas je makan, aku tidur. Tak lama lepastu terjaga.
Sakit perut memulas kembali. Meleleh air mata. Hukhukhuk. 
Keluar sendiri, bukan nanges pun huhu.
Tak lama lepastu hilang sakit, aku tertidur semula. 
Kemudian nurse datang, doctor datang round katil.


Kemudian aku makan ubat. Terlelap lagi.
Sampai tengahari suami datang sekali dengan adik aku dan anak buah aku.
Bawak lauk mak aku masak. 


Ni lauk tengahari Sabtu. 
Aku makan sikit campur lauk mak aku.
Memang tak lalu makan sebab menahan sakit perut. 

Tak lama lepastu aku cherry berry.
Ahh sudah. Makin bertambah memulas mengerekot aku.
Time tu suami ada, adik ada. Diorang la urut2 belakang aku.

Sebab pakej dengan angin. 
Sendawa + kentot tak payah citela bape puluh kali.

Dah abes waktu rehat, diorang pun balik.
Suami janji nak datang petang kang dengan mak ayah sekali.
Aku dalam kesakitan tertidur sekejap.



Petang tu diorang hidang kuih sagu ni.
Aku makan sikit je. Kuih ni fav aku.
Tapi tak lalu mauk makannya hukhukhuk.

Sebabnya perut makin memulas, pakej cherry berry + vomit.
Adoiii. Malam tu memang tidur berteman sakit perutlah aku.


Makan malam tu pon aku makan sikit je.
Tak lalu.
Dengan kena inject dexa yang sakit gile tu lagi sekali masa malam ahad.
Sampailah esoknya baru kurang sakit perut tapi still datang kejap-kejap.
Pagi tu diorang hidang bihun singapore tapi takut nak makan 
sebab ada lada hitam. Panas. Kang bertambah sakit perut. 

Pagi tu Alhamdulillah dah kurang sakit perut dan cherry berry.
Minum air garam. Doc round katil. Doc cakap dah boleh discharge tengahari.
Lega. Call husband, sonok ni dah boleh keluor.


Lauk last dekat hospital. Aku makan sebelum keluar ward.

Balik rumah mak aku, rehat. 
Tapi tetap juga sakit memulas sekejap-sekejap.

Sampailah hari Rabu, baru sakit perut hilang sepenuhnya.
Lama betul sakit perut memulas ni. 

tengok yang doctor tulis,
banyaknya sakit!

gastrik + food poisoning (aku syak makan sup sayur) hukhuk +
premeterm conctraction.

Sekarang Alhamdulillah makin sihat,
baby makin besar dan perut makin berat.

Esok checkup di KKIA.
Nanti aku update :)


tatatatata pinggang sakit nak baring.







No comments: