Sunday, January 4, 2015

Update 30 Weeks - Check Up Kali Ke 7

Hai semua. Lama tak update, tahun lepas la last update hahaha padahal baru masuk 5 hari tahun baru. 

Hari Selasa minggu lepas 30/12/2014 aku check up lagi kali ke 7. Dah 7 kali rupanya aku checkup. Suami pernah teman 3 kali, selebihnya aku sensorang eh berdua la dengan anak dalam perut hehehehhh. 

Untuk checkup kali ni, HB aku masih maintain 12.5. Aku banyak kali skip makan pil2 hematinik tu sebab sejak kandungan besar, aku rasa perut aku tak selesa menelan pil2 tersebut. Rasa macam kembung perut. Tu yang aku jarang makan tu. 

Yang lain-lain, berat aku dah bertambah dan sekarang ni dah menjangkau 80 kg tau! Gemoknya hahaha. Tapi tu pun nurse suruh aku timbang 3 kali sebab nurse tak percaya. Dia kata badan tak nampak besar tapi berat. Dah 3 kali aku turun naik, memang betul la itu berat aku. Mungkin aku tinggi. Tu yang tak nampak gemok cuma berat. Pestaim berat camni tau. Makanya nanti aku kena minum air gula lagi dua minggu haha mendapatlah kan. Lepasni aku check up dua minggu sekali sampaiiiiilah nak bersalin nanti. Dahla checkup semua hari Selasa. Rasa macam nak checkup hari Isnin jeeeeee. Boleh apaknya antarkan hikhikhik. Tapi takpela. Teruskan aje. 

Lepas siap nurse check up jantung baby ape sume, maka aku masuk ke bilik Puan Doctor untuk scan 7 bulan pulak. Waa best plak Doctor pompuan yang ni. Peramah dan sangat rileks melayan pertanyaan aku. Siap masa scan dia sembang-sembang lagi dengan aku. Alhamdulillah syukur, anak mama sihat dan makin besar. Patut la aku rasa macam beratnya perut nak jalan. Hihihi. Rupanya dah 1.7kg dah anak mama ni. 

Kemudian, aku kena inject tetanus untuk kali kedua. Tak sakit macam kali pertama. Pandai nurse tersebut cucuk. Rileks je. 

Sejak dua menjak ni, aku rasa badan aku kerap benar berpeluh. Berpeluh memang biasa untuk orang mengandung sebab suhu badan panas kan. Tapi ni peluh yang aku rasa heavy gak la. Macam berbau je badan aku hahaha ke perasaan aku je entahlah. Aku asyik sembur minyak wangi je tau hahaha.

Bila dah sarat ni, aduhai aku rasa macam agak sensitif. Rasa macam nak berkepit je dengan husband. Jalan pun macam tak lalu je ni tapi aku gagahi jua untuk berjalan meronda sambil turun naik tangga kat opis hari-hari. 

Penat, letih semua ada. Bila dah dapat duduk atau baring, memang teruk dan sakit sikit la nak bangun lagi-lagi nak ke toilet hihi. Tapi demimu anak. Sanggup.

Precious moments. Suka saat-saat mengandung ni. Rasa sangat dihargai. 

Sekarang aku faham kenapa syurga di bawah telapak kaki ibu.

Bukan senang mengandung ni. Tapi kita sebagai perempuan, memang kuat.

Moga Allah swt permudahkan urusanku sehinggalah saat melahirkan nanti. InshaAllah.

Doakan yaaa.


Anak mama dah besar dah.

Harini 31 weeks 1 day






1 comment:

MizzTina said...

dik, 7bln dan ke atas mmg akan kuat berpeluh.. smpi klu blh tiap ms nk mandi.. econ pun xrs mn..