Tuesday, January 13, 2015

Update 32 Weeks - Check Up Kali Ke 8

Hai semua. Alhamdulillah dah menjengah 32 weeks. Allahurabbi berdebarnya rasa hati memikirkan bagaimanakan aku nanti saat melahirkan si kecil ini. Moga Allah swt permudahkan segalanya. Amin.Amin.Amin. Mohon doa dari kalian semua.

Tapi dalam pada debar tu, seronok pula rasa hati bila nak menatap wajah si kecil yang setiap hari bermain-main di dalam perut ni. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Eh kejap-kejap ke atas. Sekarang aku dapat rasa tendangan si kecil ni sangat kuat sampai rasa macam eh kerasnya. Kaki dia la tu. Kadang-kadang bila dia mengeras, sampai senget-senget perut. Tunjuk kat ayahnya. Ayahnya macam terkejut. Eh perut sayang senget, lebih kat belah kiri. Hihi tu tak tau la bontotnya ke, atau kepalanya ker. Ngilu jugak rasanya.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mengandung. Satu pengalaman yang cukup indah. Walaupun kadang-kadang rasa tak larat, tapi bila tengok je perut, usap perut. Fuhh serta merta kekuatan tu datang semula. Aku kena kuat.

Eh melalut. Nak cerita pasal check up jer ponnnnnnn lahai. Hehehe.

Semalam checkup kali ke 8 di KKIA. Sekarang ni dah start 2 minggu sekali dah. Aku ada lagi 2 kali macamtu checkup kat sini sebelum aku cuti. Aku amik cuti 90 hari. Cuma aku cuti awal sikit memandangkan aku kan jauh-jauh dengan yang tersayang semua. Harap semuanya dipermudahkan.

Aku datang lewat sikit dekat pukul 8. Kena minum air gula hari ini. Auwwww kali ni rasanya macam tak sedap tapi aku teguk 3 kali setel. Lepastu terus checkup perut. Timbang berat semua. Dah kena bebel dengan nurse sebab berat aku naik dekat 2 kg. Hmmmmmm 2 minggu lepas aku punye berat 79kg. Semalam pulak 81kg. Nurse tu tak habis-habis cakap berat sangat, berat sangat. Iyer, aku tahu aku kuat makan. Aku makan banyak. Tapi kadang makan sikit rasa macam makan kapas. Tak kenyang. Ehh macam pernah makan kapas plak hahahahahaha.

Nurse cakap, takut baby besar. Harapnya baby punya berat okey jerlah ya sayang.
Dah setel checkup aku rileks dulu kat bilik penyusuan sebab malas nak balik opis. So menapak la kat situ dua jam sampai pukul 11 untuk ambik darah selepas minum air gula yang aku ibaratkan ia seperti 'hot caramel latte' hahahaha.


Anak mama dah ada rambut lebat kotnya kan.
Sebab terasa-rasa kat pundi kencing tu dia langgar-langgar hehe.


Semoga dipermudahkan. Amin. 


2 comments:

MizzTina said...

hehe..tahyul je kata geli sbb rmbut lebat, baby kan dlm kantung sayang.. moga dipermudahkan ye..

Unknown said...

hehe org tua2 buat perumpamaan.