Monday, January 26, 2015

Update 34 Weeks - Check Up Kali ke 9

Hai semua. Tadi aku pegi check up kali ke 9 di KKIA. Pagi tadi opismet aku hantarkan. Start hari ahad haritu aku duduk dekat rumah opismet aku, Jiha. Dia sudi nak tumpangkan rumahnya sementara aku menunggu hari nak cuti minggu depan. TQ Jiha. Moga kau sentiasa dimurahkan rezeki. Kawan-kawan kesian kat aku sebab aku duk sorang kan. Kang sakit ke ape susah. Alhamdulillah Allah swt selalu hantarkan orang yang baik-baik untuk bantu aku disini.

Checkup harini dimonitor oleh Ketua Bidan di KKIA ni. Namanya Raztimona Lyza. Sedap kan nama Sister ni hehe. Nurse yang cek pulak adalah nurse yang sedang praktikal kat KKIA sini sebab sambung untuk amik course perbidanan. 

Harini aku dapat result air gula yang aku minum dua minggu lepas. Alhamdulillah takde kencing manis. Result okey. 5.4 selepas minum air gula dan puasa.

Tekanan darah okey. HB aku kali ni 12.7. Nurse tanya petua lagi, makan ape. Aku ceritalah aku makan jambu batu + pati delima Gulsan + buah delima. Pil2 tu kekadang je aku makan sebab bila makan je mula perut aku kembung. 

Berat plak. Haaaa. Nasib baik berat kali ni naik sikit je daripada 81.2 kg kepada 82.4 kg. Naik 1.2 kg. Patutnya dua minggu kena naik 1kg tapi nurse kata takpa. Okey dah ni normal. Aku kurang skit makan nasik. Nasik pun tak tambah hihihihi takut berat naik lagi punya pasal. 

Lepastu nurse dan Sister tu cek aku punya perut. Jantung baby 146 bpm. Laju sikit dari dua minggu lepas sebab baby tengah gerak. Memang seronok sangatlah dak kecik dalam perut ni tendang2 mama dia ni. Sister tu cek, baby dah masuk laluan dah. Patut rasa berat je tang bawah ni. Sister kata, baby dah masuk laluan ni, kadang-kadang kalau baby gerak kuat sangat pun boleh terpusing balik. Ataupun kalau kita jatuh. 

Aku ni kena banyak hati-hati sebabnya opis aku ni bertangga. Memang jenuhla sakit kaki aku semua nak naik turun tangga. 

Nurse dan Sister tu bagi penerangan sikit tentang penyusuan ibu, tanda-tanda nak bersalin.

Okey, sejujurnya memang berdebar2 hati aku ni toksah citelah hehehe. Tapi aku kene kuat. Kuat demi nak melihat buah cinta aku dan suami ni. 

Moga dipermudahkan olehNya.    

Aminnn.




Anak mama dah turun bawah ni.
Semoga awak dan mama selamat nanti ya.
Mudah-mudahan. 




No comments: